Jumaat, 30 April 2010

Alhamdullilah..

Ada lagi seminggu untuk aku habiskan masa aku sebagai seorang pelajar di uum,macam2 perkara aku belajar kat sini dan pelbagai pengalaman yang aku dapat.walaupun hati dah menjerit tak sabar untuk "caw" tapi entah kenapa sayu aku rasa nak tinggalkan kekawan kat sini.. Bertemu tidak dijangka perpisahan adalah pasti, paling hati jadi sayu bila kekawan datang nak bersalaman dan bermaafan masa tu aku rasa macam nak gugur airmata tapi apa yang bole dikata kita manusia biasa so nak tak nak kita kene juga terima hakikat pertemuan akan diakhiri dengan perpisahan..huhu teringat kat asrama dulu2 kala bila dengar jek lagu "kawan" dari kumpulan nasyid tu mesti sedey.. skg pulak sekali lagi aku berpisah dengan kekawan.. kawan bertahun kita bersama bagai semalam baru bersua..kawan di hadapan oo indahnya kita bersama berkelana..

To kekawan terutama kekawan dari kos pengurusan pembangunan batch 2007/2010 aku sayang korang semua.. walaupun tak semua yang dikenali namun bila berjumpa mesti kita beri senyuman manis saat itu.. harap lepas ini kita akan berjumpa lagi,kenangan dimarahi pensyarah, tugasan berkumpulan, tugasn lusr semua itu akan aku ingat buat selamanya.. walaupun ketika itu namun ia akan jadi memori paling berharga untuk kita kenang di masa depan.

Seterusnya pada budak Dewan Penginapan Pelajar Yayasan Albukhary selama 3 tahun aku duduk di penginapan ini aku merasakan kalian seperti adik beradik kedua aku.. walaupun tidak semuanya kita kenal namun tatkala berselisih, aku masih boleh mengenali yang kalian adalah budak seDPP dengan aku..huahuahuahua sedihnyeeeee
pasni tiada lagi kedengaran jeritan budak perempuan di blok AP2 sebab monyet masuk dalam blok, pasni takde lagi dengar suara sorok kan budak lagi kat padang YAB main bola, pasni dah takde lagi peluang untuk tengok bunga api bila ada event kat kompleks sukan.. aku akan rindu semua itu.. dan tak lupa pada geng JPM DPPYAB dan MRA, walaupun kadangkala ada perselisihan faham antara tugas kita namun kita masih boleh bekerja bawah satu bumbung.. kenangan dengan korang pon memang best sangat.. walaupun ramai yang dah buat hal masing2 tapi aku tetap takkan lupa kenangan itu kerana dari situla aku mula mengorak langkah untuk membangunkan diri aku sebagai pelajar.. ceh bunyi cam poyo hahahaha

Dan paling aku takkan lupa kerana di sini juga aku mula celik IT kalau tak aku tak tahu apa itu Facabo0k ( konon skg nama glemernye FB ler) myspace,ym,freindster dan seangkatan denganya hahaha.. kadang2 rasa nak tergelak pun ada bila ingat tapi sekarang aku tak perlu risau pasal masih ada lagi orang yang lagi teruk dari aku hehehe ( nak cover la konon kehkehkeh )

Pasni aku akan menjalani hidup aku sebagai seorang dewasa yang baru kenal dunia pekerjaan.. huish! menakutkan bunyinya, entah apala yang ada dlm dunio kojo tu kan tak dapek den bayangkan..yang paling risau bila keluar tak dapat kojo umang ai mati jadi ae.. dahla kuar2 dah ada hutang masalah2.. aku harap dan berdoa moga Allah mempermudahkan urusan dan perjalanan hidup aku lepas ini Aminnnn...aku tengok kekawan kat sekolah lama dulu dah ada keje senang hidup diaorang skg tak payah belaja tetinggi cam den ni ha dah dapat keje.. ado ijazah pon bolom tontu dapek kojo aduhaiii poning2! apa pun rintangan apa pun cabaran aku kene tempuhi juga.. kata orang tuo2 sosah dulu sonang kendian..hehehe boto tak????

Rabu, 10 Februari 2010

salam ukhwah

Bismillahirahmanirahim..

Alhamdullilah setelah sekian lama menunggu akhirnya, kini apa yang diimpikan tercapai juga.. bila difikirkan semula rasa macam mimpi pun ada tapi kita hanya manusia biasa yang hanya mampu merancang.. harap lepas ini semua yang aku impikan akan jadi kenyataan.. untuk pengetahuan semua, blog ini aku buat untuk aku jadikan teman aku di kala aku kesunyian, kelapangan dan ketika aku dilanda masalah.. Adakalanya,bila kita berdepan dengan sesuatu masalah kita tidak boleh ceritakan segalanya kepada orang lain.. tapi kita boleh meluahkanya melalui penulisan..
sebab tu orang2 dulu kata diari itu penting dalam kehidupan seseorang.. namum, ada juga yang berpendapat bahawa menangis adalah terapi yang paling mujarab bila kita dilanda masalah.. sebab bila kita menangis kita seolah-olah menginsafi diri kita bila dah lepas nagis baru kita sedar akan kesilapan yang telah kita lakukan...
Oklah..tu je yang boleh aku tuliskan untuk waktu ini, jika aku ada kelapangan ataupun idea baru untuk dikongsi aku akan persembahkan di ruangan milikku ini..

sekian